Ahad, 13 September 2015

Awas Kerja Sambilan Melipat Risalah Penipu

Awas Kerja Sambilan Melipat Risalah Penipu. Saya tak pernah beranggapan semua kerja sambilan di rumah adalah menipu cuma ada sesetengah tu adalah program SCAM yang berselindung disebalik kerja sambilan di rumah. Saya ada terlihat banyak post promosi tentang kerja sambilan melipat risalah ini. Saya tertanya-tanya apakah bentuk kerja yang diberikan sebenarnya.

Awas Kerja Sambilan Melipat Risalah Penipu

Saya ingatkan kerja sambilan melipat risalah ini adalah memerlukan kita membayar sejumlah wang untuk pendaftaran dan kita akan disuruh bekerja memasukkan risalah ke dalam sampul surat dan pos kepada bakal pelanggan. 
 
penipuan kerja sambilan lipat risalah
Sumber gambar : http://myrujukan.com

Sebaliknya pula yang terjadi, selepas bayaran pendaftaran dibuat kita akan menerima sampul berisi risalah. Rupa-rupanya kita kena ulang benda yang sama. Fotostat kertas-kertas tu dan pos kepada mangsa yang seterusnya.

Dah sah, memang ini program SCAM. Kaut untung atas pendaftaran orang lain. Bukannya kerja lipat risalah dan pos kepada client. Menipu secara halus kononnya ganjaran lumayan diberikan.

Rakan-rakan blogger yang lain pun ada tulis sal benda ni misalnya blogger Syiera dan MyRujukan. Fuhh..dahsyatlah dorang ni menipu. Kaut untung dengan cara menipu. Ambil kesempatan atas orang yang nak cari kerja. Haram namanya tu.

Secara keseluruhannya, tiada kerja pun yang diberikan sebaliknya kita ulang benda yang sama. Jadi berhati-hatilah kalau tengok iklan yang macam ni di facebook atau mana-mana saja.

Selepas ini kalau terjumpa mana-mana program kerja sambilan di rumah cuba buat kajian dahulu. Bertanyakan rakan-rakan dan buatlah penilaian. Sememangnya ada je kerja sambilan dari rumah yang betul misalnya panduan kerja job dirumah dan juga kerja sebagai penterjemah cuma ada dalam kalangan kita yang kurang pendedahan tentang pandun ini.

ps : Hati-hatilah ya kalau terbaca lagi tentang kerja sambilan melipat risalah ni. :-)





EmoticonEmoticon